Thursday, 24 September 2020

RESEPI KEK BATIK VERSI MAMAYU


Kek paling sempoi kalau nak buat dengan anak-anak.

Versi mamayu memang tak letak telor. Tak letak air. Sedap dia jangan kau cakap. Makan jer..
Lepas satu satu masok mulut tak sedar 😆
Sapa yang pernah makan jer yang tau.
Geram jer sebab lepas abis rasa nak buat lagi dan lagi.
Jom kita tengok cara mamayu buat. Memang tak sama dengan orang lain...kalau sama tu maknanya kita seGURU..hihihi..
Bahan-bahan:
1 peket Biskut meri
1/4 Susu pekat
1 buku Buttercup
Serbuk koko
Cara-cara tengok kat gambar.


Guna 4 bahan jer.
Tak termasuk kuali, senduk dan loyang ðŸ˜‚


Biskut kita pecahkan terus macam ni. Lagi kecil lagi senang.Jangan lak hancur terus ðŸ˜‚




Masukkan 1 buku buttercup dalam kuali cantek mak.²



Terus jer tuang susu pekat. Nak manis letak separuh. Taknak manis letak suku. Tapi biskut meri dah manis. Jadi takyah la memanis sangat. Cukup yang tukang masak jer manis. Insyaallah..manis la kek ko nanti..



Serbuk koko letak banyak mana suka..mamayu suka letak banyak-banyak. Baru aummmmmm!!


Kacau-kacau bagi mesra. Semesra persahabatan kita berdua.

 

Nampak macam tak cantik kaler kokonya..boleh tambah lagi serbuk koko tu.

 

Kacau sebati sampai jadi macam ni.

 

Dah pekat kuah coklat tadi. Masukkan biskut.

 

Tuang jer semua..senang. pastu kaup balikkan biar semua mesra. Jangan sampai terbalik kuali sudah.. masa ni dah boleh tutup api dapur.

 

Dah cantik adunan tadi. Terus masukkan dalam loyang.

 

Tekan-tekan bagi rata. Guna plastik masa tekan-tekan tu. Adunan ni panas.

 

Kat rumah hanya ada coklat rice jer. Boleh tabur atas adunan tadi. Nak bagi anak2 excited jer sebenarnya.

 

Dah cantikkkk.. tunggu dia sejuk baru potong.

 

Ni la rupanya..walau tak cantik..tak smooth jer potongannya..rasa dia boleh buat korang terindu-rindu.
Ada yang nak cuba?

 

Sebelum ni mamayu share resepi ni di Facebook. Alhamdulillah, setakat ni dah ramai yang share resepi mamayu. 

Hat yang nak cuba boleh #Share kalau berminat nak cuba.
Jangan lupa tag mamayu di Facebook ya... hihihi

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2020 Siti Rahayu Ali. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.